Toyota Land Cruiser
Toyota Land Cruiser

Toyota Land Cruiser

Toyota Land Cruiser adalah kereta off-road Serbaguna atau Sport Utility Vehicle / SUV yang dibuat oleh Toyota Motor Corporation dari tahun 1951 hingga sekarang.Toyota Land Cruiser dibangunkan oleh Toyota sejak tahun 1951 dan baru mula dihasilkan tahun 1954. Kereta ini sudah dibuat dalam pelbagai bentuk, di antaranya dalam bentuk berhud, hardtop, station wagon, dan trak serbaguna. Land Cruiser terkenal dengan ketangguhannya di medan berat, tetapi sejak tahun 1990-an juga dibuat model yang mewah yang menjadi asas Lexus LX.Sejak tahun 1980-an, secara umum ada 2 macam Land Cruiser yang berbeza iaitu model Station Wagon yang besar, dan model pekerja yang lebih kecil yang dipanggil Land Cruiser II yang di Jepun diberi nama Prado. Namun mulai tahun 1996 menjadi 3 macam yang berbeza kerana Prado menjadi model tersendiri, dan Land Cruiser 70 Series tetap dihasilkan sebagai kereta pekerja. Prado kemudian menjadi asas untuk Lexus GX. Sementara Land Cruiser Station Wagon yang menjadi asas Lexus LX merupakan jenis Land Cruiser yang paling banyak dan familiar berbanding Land Cruiser Prado dan 70 Series.